Friday, March 11, 2011

Tepung kek D'Ros































Beza antara tepung kek D'Ros dan D'Rosni adalah hanya pada bungkusannya. Tepung kek D'Ros dijual di dalam bungkusan plastik manakala tepung kek D'Rosni dijual di dalam bekas plastik(tupperware). Kenapa menjual tepung kek yang sama di dalam bungkusan yang berbeza? Pada asalnya, tepung kek kami dijual di dalam bungkusan plastik (D'Ros). Kemudian kami bercadang untuk cuba memasukkan pasaran produk kami di dalam pasaraya, yang mana pasaraya sangat mementingkan penampilan atau pun ciri fizikal produk. Jadi, Syarikat Ros N Zul Food menukar penampilan produk D'Ros kepada D'Rosni. Kami masih mengekalkan D'Ros kerana harganya yang murah yang mana ada pelanggan yang tidak kisah akan bungkusan produk dan yang ingin membelinya secara pukal untuk digunakan bagi menjual kek.

Saturday, March 5, 2011

Kepada penjual kek, kamilah yang anda cari...

Kami sangat menggalakkan anda yang menjual kek agar menggunakan tepung kek segera buatan kami. Ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:

1) Kami menjaga kualiti dan kebersihan produk. (mendapat pengesahan halal dari JAKIM)

2) Kami akan memberikan harga yang istimewa kepada pelanggan yang membeli secara pukal.

3) Menjimatkan masa anda untuk membuat kek.

4) Membantu penjual kek yang ingin memulakan perniagaan disebabkan cara penyediaan kek yang mudah.

Friday, March 4, 2011

Biodata pengedar tepung kek segera D'Ros/D'Rosni...=))

Nama: Ahmad Farouk Bin Zulkifli

Umur: 20 Tahun

Tempat Pengajian: Universiti Teknologi Mara, Segamat

Kursus Pengajian: Diploma Pengajian Perniagaan,tahun ke-2

Tempat Tinggal: Taman Panchor Jaya, Seremban, Negeri Sembilan

No tel: 0172995212

Emel: songkokitam@yahoo.com

Kami ingin mewujudkan satu hubungan utuh antara pihak Ros N Zul Food dan para pelanggan. Segala cadangan dan komen mengenai tepung kek D'Ros dan D'Rosni boleh ditujukan terus kepada kami.
Melalui perniagaan ini, saya dapat menambah bilangan rakan yang mana itulah antara tujuan utama saya memulakan perniagaan. Anda juga boleh menambah saya sebagai rakan di facebook beralamatkan farouk zulkifli. Ini disebabkan saya sering menghabiskan masa melayari laman web berkenaan...=))


Thursday, March 3, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Pengenalan Syarikat ROS N ZUL FOOD

Pengenalan

ROS N ZUL FOOD telah ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Januari 2009. Pengasas kami mempunyai minat yang mendalam di dalam perniagaan makanan dan disebabkan kemahiran, kecenderungan dan potensi yang ada di dalam industri pembuatan kek, perniagaan ini telah dilahirkan. D’ROSNI merupakan jenama yang mewakili produk tepung kek segera kami. ROS N ZUL FOOD berazam menjadi sebuah syarikat yang berjaya lagi disegani di seluruh dunia di dalam industri makanan.

Tuesday, March 1, 2011

Cadangan menghias kek yang mudah..=))

























Ini adalah contoh-contoh hiasan kek yang mudah bagi mereka yang baru belajar membuat kek yang minginkan kek mereka kelihatan cantik.

1)Gambar kek berbentuk hati. Corak goresan di atas permukaan kek boleh di lakukan dengan menggunakan garfu.

2)Kek boleh dihiasi dengan bunga kertas yang boleh didapati di kedai kek.

3)Tulisan di atas kek menambah selera si penerima kek yang bertuah.

About Me

My photo
Manager,ZUROFH Enterprise (Pengedar Tepung Kek Segera D'Ros dan D'Rosni)