Beza antara tepung kek D'Ros dan D'Rosni adalah hanya pada bungkusannya. Tepung kek D'Ros dijual di dalam bungkusan plastik manakala tepung kek D'Rosni dijual di dalam bekas plastik(tupperware). Kenapa menjual tepung kek yang sama di dalam bungkusan yang berbeza? Pada asalnya, tepung kek kami dijual di dalam bungkusan plastik (D'Ros). Kemudian kami bercadang untuk cuba memasukkan pasaran produk kami di dalam pasaraya, yang mana pasaraya sangat mementingkan penampilan atau pun ciri fizikal produk. Jadi, Syarikat Ros N Zul Food menukar penampilan produk D'Ros kepada D'Rosni. Kami masih mengekalkan D'Ros kerana harganya yang murah yang mana ada pelanggan yang tidak kisah akan bungkusan produk dan yang ingin membelinya secara pukal untuk digunakan bagi menjual kek.
Friday, March 11, 2011
Thursday, March 10, 2011
Sunday, March 6, 2011
Saturday, March 5, 2011
Kepada penjual kek, kamilah yang anda cari...
Kami sangat menggalakkan anda yang menjual kek agar menggunakan tepung kek segera buatan kami. Ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:
1) Kami menjaga kualiti dan kebersihan produk. (mendapat pengesahan halal dari JAKIM)
2) Kami akan memberikan harga yang istimewa kepada pelanggan yang membeli secara pukal.
3) Menjimatkan masa anda untuk membuat kek.
4) Membantu penjual kek yang ingin memulakan perniagaan disebabkan cara penyediaan kek yang mudah.
Friday, March 4, 2011
Biodata pengedar tepung kek segera D'Ros/D'Rosni...=))
Nama: Ahmad Farouk Bin Zulkifli
Umur: 20 Tahun
Tempat Pengajian: Universiti Teknologi Mara, Segamat
Umur: 20 Tahun
Tempat Pengajian: Universiti Teknologi Mara, Segamat
Kursus Pengajian: Diploma Pengajian Perniagaan,tahun ke-2
Tempat Tinggal: Taman Panchor Jaya, Seremban, Negeri Sembilan
No tel: 0172995212
Emel: songkokitam@yahoo.com
Kami ingin mewujudkan satu hubungan utuh antara pihak Ros N Zul Food dan para pelanggan. Segala cadangan dan komen mengenai tepung kek D'Ros dan D'Rosni boleh ditujukan terus kepada kami.
Melalui perniagaan ini, saya dapat menambah bilangan rakan yang mana itulah antara tujuan utama saya memulakan perniagaan. Anda juga boleh menambah saya sebagai rakan di facebook beralamatkan farouk zulkifli. Ini disebabkan saya sering menghabiskan masa melayari laman web berkenaan...=))
Thursday, March 3, 2011
Pasaraya di Segamat yang menjual tepung kek segera D'Ros/D'Rosni
1) Pasaraya Nirwana Segamat
2) Pasaraya Nirwana Taman Yayasan
3) Pasar Borong Taman Yayasan
Wednesday, March 2, 2011
Pengenalan Syarikat ROS N ZUL FOOD
Pengenalan
|
Tuesday, March 1, 2011
Cadangan menghias kek yang mudah..=))
Ini adalah contoh-contoh hiasan kek yang mudah bagi mereka yang baru belajar membuat kek yang minginkan kek mereka kelihatan cantik.
1)Gambar kek berbentuk hati. Corak goresan di atas permukaan kek boleh di lakukan dengan menggunakan garfu.
2)Kek boleh dihiasi dengan bunga kertas yang boleh didapati di kedai kek.
3)Tulisan di atas kek menambah selera si penerima kek yang bertuah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Ahmad Farouk Bin Zulkifli
- Manager,ZUROFH Enterprise (Pengedar Tepung Kek Segera D'Ros dan D'Rosni)